Monday, March 13, 2017

Wanita Ingin Hak Samarata

NAMA ABDUL AZIZ BIN MUHAMMAD
NO SIRI: 111

Isu tuntutan kesamaratan hak oleh wanita dalam kehidupan pernah dialungkan begitu hangat di suatu ketika dahulu, terutamanya di ketika Amina Wadud cuba menggemparkan dunia Islam dengan menjadi imam solat Jumaat bagi lelaki. Tidak dinafikan, ia masih lagi mempunyai pendokong dan penyokong yang ramai, mungkin juga bertambah ramai hari demi hari, tahun demi tahun, selari dengan melebarnya keterhakisan ilmu Islam dalam diri wanita Islam dan masyarakat. Selari juga dengan terhakisnya keyakinan terhadap kebijaksanaan Allah SWT mengatur alam ciptaanNya sendiri.

Setitik ilmu yang diperolehi dari universiti dan pembacaan, beberapa kejayaan duniawi di medan kerjaya dan universiti menjadikan terdapat para wanta yang tertipu dengan kebijaksanaan aqal mereka. Tanpa sedar, ada yang menyangka aqalnya lebih bijak dari hukum yang telah ditunjukkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Dijadikan hujah-hujah aqal dan hak asasi sebagai hujah meraih simpati dan sokongan lebih ramai masyarakat.

Sebahagian yang lain pula menafikan  mereka menolak hukum quran dan hadith, tapi yang mereka cabar dan tolak adalah pentafsiran para ulama dari kalangan lelaki yang 'berat sebelah' menurut mereka.

Sebahagian hujjah aqal yang disertakan pula amat biadap terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW. Seperti mengatakan hukum Islam berat sebelah kerana di fahami dari aqal seorang lelaki iaitu Muhammad dan diteruskan oleh para sahabat baginda dan seterusnya para ulama Islam yang majoritinya dari kalangan lelaki.

Sebelum itu, ketahuilah Islam telah menaikkan taraf wanita dengan begitu tinggi terutamanya jika dibandingkan dari apa yang berlaku sebelum Islam dan juga apa yang ada di barat hari ini. Tiada perbezaan untuk meraih syurga Allah dalam banyak perkara, Cuma ada beberapa amalan yang dilaksanakan dalam bentuk berlainan, tetapi hasilnya dan penerimaan Allah SWT tetap sama iaitu berdasarkan kualitinya.
Kedua-dua lelaki dan wanita diperintah untuk menuntut ilmu. Kedua-duanya sama dalam hal ini. Kedua-duanya diperintah solat dan puasa, cuma sedikit keringanan diberi kepada wanita dan beberapa perbezaan semasa pelaksanaannya. Walaubagaimanapun, ia langsung tidak mengurangkan peluang wanita untuk meraih syurga Allah dan seluruh nikmatNya.
Maksud firman Allah Taala :
Dan barangsiapa yang melakukan amal soleh dari kalangan lelaki dan wanita dalam keadaan mereka beriman, mereka itulah yang akan memasuki syurga.." ( An-Nisa : 124 )

Sekian


1 comment:

  1. Apabila saya didiagnosis menghidap kanser tahap 4, saya berasa benar-benar putus asa. Doktor-doktor telah menyediakan saya untuk menghadapi kemungkinan terburuk, dan saya diliputi ketakutan dan ketidakpastian. Dalam masa yang sukar itu, saya telah menerima pelbagai testimoni daripada orang ramai, bagaimana mereka sembuh melalui perubatan Herba Dr Dawn, dan menghubunginya melalui WhatsApp beliau: ( +2349046229159 )

    Dia berjanji kepada saya bahawa saya akan sembuh semula dalam masa 1 bulan selepas saya menjelaskan semuanya kepadanya, saya memesan ubat herba tersebut dan mengikuti arahannya. Hari ini, saya amat bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Segala puji bagi Tuhan kerana memberi saya kekuatan, bimbingan, dan penyembuhan. Saya bebas sepenuhnya dan ia telah disahkan secara perubatan. Malah seorang rakan sekerja saya juga telah sembuh melalui herba Dr DAWN.

    Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi penyakit yang serius, sila berunding dengan Dr Dawn. Dan jangan pernah berputus asa. Kerana dia pasti akan menyembuhkan anda

    WhatsApp beliau: +2349046229159
    Emel: dawnacuna314@gmail.com

    ReplyDelete

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *