Saturday, March 11, 2017

Generasi muda islam & cabaran globalisasi

NAMA: SITI MAISARAH BINTI ISHAK
NO.SIRI: 025

   Dizaman kerosakan yang berleluasa dan perbincangan tersebar luas ini, pemuda muslim menghadapi cabaran demi cabaran diantaranyankeruntuhan akhlak dan kerosakan social. Manusia biasanya tidak berupaya berhadapan dengannay kecuali dia membebaskan diri daripada ikatan keperibadian yang tinggi, akhlak yang mulia dan adat  islam yang sebenar agar selepas itu dia dapat terjun ke lumpur kelazatan syahwat tanpa ada halangan daripada agama dan jiwa yang bersih. Semua itu merupakan keruntuhan kepada kemuliaannya, penyelewengan kepada keperiadiannya dan kehancuran kepada kewujudan dan harga dirinya.

  Terkadang pemuda muslim terumbang –ambing, tidak dapat menentukan pendirian apabila berdepan dengan cabaran kefasadan dan keruntuhan akhlak ini, sama ada dia lari daripada fitnah-fitnah kehidupan dan cabaran-cabaran yang menggila atau dia tergelincir ke lembah fitnah dan menyahut seruan nafsu amarah. Bagi pemuda yang ada benteng akidah rabbaniah dan pegangan yang teguh terhadap dasar-dasar islam serta bergabung dengan Jemaah muslimin. Pada kebiasaannya, dia akan berasa didalam kehidupan yang baik, salih dan teguh diatas jalan yang lurus. Dia tidak dihanyutkan oleh fitnah, tidak ditawan oleh godaan dan tidak akan dirosakkan oleh syaitan.

      Bagi pemuda yang terlucut daripada ikatan akidah, memandang remeh terhadap pelaksanaan syariah dan terbiar daripada Jemaah muslimin. Maka pada kebiasaannya dia akan tergelincir ke dalam gelora fitnah dan terjatuh kedalam lumpur keruntuhan dan kepincangan. Kadang-kadang, pemuda yang berpegang teguh dengan agama dilanda oleh sifat lemah sebaga manusia biasa dan terpengaruh dengan godaan syaitan lslu kakinya tergelincir dari landasan kebenaran selepas keteguhannya itu. Dan dirinya akan condong untuk mengikuti tuntutan hawa nafsu  tetapi dengan cepat dia akan sedar dan bertaubat kembali dan menjadi seorang mukmin.

      Oleh itu, pemuda muslim hari ini perlu mengetahui jenis-jenis cabaran  keruntuhan akhlak yang memerangi mereka di negeri mereka sendiri. Dimana tanda-tandanya dapat dilihat jelas dihadapan mata supaya mereka benar-benar mengetahui apakah yang sedang berlaku disekeliling mereka? Apakah yang akan diperlakukan kepada mereka? Dan kemanakah perjalanan umat mereka?
      Cabaran keruntuhan akhlak yang dihadapi oleh generasi muslim hari ini adalah banyak dan berbagai bentuk. Diantaranya ada yang berbentuk  adat kebiasaan, ada yang berbentuk kejiwaan, ada yang berbentuk pengaruh asing, ada yang berbentuk media massa dan ada yang berbentuk undang-undang.

      Kesemua jenis cabaran keruntuhan akhlak ini berlaku dalam masyarakat islam kecuali orang yang diselamatkan oleh allah atas nama kebebasan, perlindungan undang-undang dan slogan demokrasi. Ia berlaku dikalangan pemuda-pemudi disegenap tempat dalam masa yang begitu singkat dan menakjubkan tanpa mendapat kawalan akhlak, agama dan perasaan tanggungjawab. Bukanlah suatu yang aneh sekiranya keadaan ini berterusan. Masyarakat islam di timur dan barat akan tenggelam dalam fahaman keharusan dan kebebasan yang lebih dahsyat dari apa yang dialami oleh masyarakat barat sendiri.
       Diantara perkara yang perlu kita ketahui dengan baik wahai pemuda islam ialah orang-orang yang meluluskan undang-undang yang mengharuskan, melindungi kefasadan disebalik pakaian, sarang-sarang pelacuran, kelab-kelab dan kolam renang serta memberi kebebasan kepada media massa untuk menyeru kearah keruntuhan dan penyelewengan. Pada hakikatnya, ia adalah merupakan pelaksan-pelaksana samada disedari ataupun tidak kepada perancangan jahat penjajaha salibiah, protocol yahudi dan freemason serta pakatan jahat komunis dan mazhab kebendaan.
       Tujuan mereka adalah untuk merosakkan pemuda pemudi dinegara islam, memesongkan mereka daripada kewajipan yang suci iaitu membawa risalah islam yang kekal abadi dan memalngkan mereka daripada badan-badan jihad dan mempertahankan islam. Sehingga mereka tidak keluar untuk berjihad, dan menjalani kehidupan tanpa mempunyai matlamat dan tujuan yang mulia serta risalah yang murni. Namun, ia juga merupakan jalan penyelesaian untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat islam diseluruh alam terutamanya para pemuda dan pemudi hari ini.
        Jalan penyelesaian yang praktikal untuk menghadapi semua cabaran ini ialah para pemuda muslim yang berpegang teguh dengan islam hendaklah mengambil alih setiap tempat strategi dinegara mereka dan menunaikan tanggungjawab bagi memperbaiki dan mengubah masyarakat supaya mampu mengahadapi cabaran-cabaran yang mencengkam umat islam ini dengan keazaman dan keimanan. Dorongan keberanian, perancangan dakwah,berpegang teguh dengan Jemaah dan perasaan tanggungjawab melakukan kerja-kerja pengislahan juga perlu dititikberatkan.

          Sekiranya mereka berada ditahap memainkan peranan dan penentangan ini, semestinya akan mendapat natijah yang baik dengan menghapuskan kefasadan.melenyapkan kemungkaran dan membendung kekejian. Sebagaimana allah berfirman yang bermaksud: “sekiranya kamu menolong allah dengan memeperjuangkan agama-Nya maka allah akan menolongmu dan menetapkan tapak-tapak kakimu” (surah Muhammad:7)

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *