Friday, February 10, 2017

JIHAD DI JALAN ALLAH

NAMA: NURNAZIHAH BINTI MOHD NOOR
NO MATRIK: 14021142
NO SIRI: 053 


Pengertian jihad dari segi bahasa, jihad berasal dari perkataan Arab iaitu “jahada” yang bermaksud keberatan dan kesusahan. Manakala dari segi istilah pula ialah setiap usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga serta kekuatan demi untuk mencapai matlamat dan cita-cita mulia iaitu cita-cita Islam, keampunan Allah SWT, keredhaan dan rahmat-Nya.

Bidang jihad meliputi pelbagai bidang yang melibatkan urusan duniawi dan ukhrawi iaitu antaranya berjihad dalam bidang dakwah. Berjihad dalam bidang dakwah ialah sanggup berdakwah dan menyampaikan Islam kepada sesiapa sahaja, sanggup melakukan pengorbanan untuk Islam dan sanggup menegakkan hukum Islam. Berjihad dalam bidang pendidikan pula ialah sanggup bersaing dengan bangsa lain untuk kecemerlangan Islam, menggunakan ilmu untuk kebaikan, mendalami ilmu yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah dan juga sanggup menyebarkan ilmu kepada orang lain.

Selain itu, jihad dalam bidang siasah ialah, menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan dalam pemerintahan, membenarkan juga rakyat menyatakan kebenaran melalui saluran yang betul serta berusaha mengekalkan keamanan dan perpaduan nasional. Mempertingkatkan taraf ekonimi umat Islam adalah salah satu jihad dalam bidang ekonomi. Membahagikan juga hasil kekayaan negara secara adil dan mengamalkan sistem ekonomi Islam adalah salah satu cara jihad yang terbaik dalam ekonomi.
Disamping itu, jihad dalam bidang sosial adalah memperjuangkan hak individu dan masyarakat. Mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan berusaha memurnikan aktiviti sosial serta mengamalkan kebudayaan Islam. Jihad melawan hawa nafsu pula ialah menyempurnakan amalan fardhu dan memperbanyakkan amalan sunat dalam kehidupan. Selain itu menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat dan daripada melakukan sifat-sifat yang berunsurkan mazmumah.
Akhirnya, jihad juga memerlukan pengorbanan. Perkara yang perlu dikorbankan ialah sesuatu yang amat disayangi dan dikehendaki. Pengorbanan yang perlu dilakukan ialah wang ringgit dan harta kekayaan,badan dan nyawa iaitu sanggup mengorbankan nyawa dan syahid kerana agama Allah s.w.t. Selain itu jihad juga memerlukan kekuatan rohani dan jasmani serta sanggup meperuntukkan masa untuk melakukan jihad dalam pelbagai bentuk seperti jihad dalam bidang ekonomi.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *