Wednesday, February 8, 2017

ISLAM DI NUSANTARA

NAMA: NURNAZIHAH BINTI MOHD NOOR
NO MATRIK: 14021142
NO SIRI: 053


Islam datang dari India pada kurun ke 13 pada zaman Kesultanan Delhi. Masyarakat alam Melayu pada waktu itu menyanjung tinggi kemajuan perniagaan dan kebudayaan yang telah dicapai oleh pemerintah tersebut. Teori ini disokong oleh adanya persamaan amalan mazhab masyarakat India di Gujarat yang menurut Mazhab Syafie sebaimana amalan orang Islam di rantau Asia Tenggara. Islam datang dari China dan Champa pada kurun ke 7 Masihi melalui penemuan batu bersurat pada tahun 1303 Masihi di Kuala Berang, Terengganu. Ini membuktikan bahawa sekumpulan orang Islam telah mendiami di Terengganu dalam tahun tersebut. Islam datang secara langsung dari negara Arab pada kurun ke 7 Masihi dengan wujudnya beberapa perkampungan Arab di bahagian barat Pulau Sumatera pada kurun berkenaan. Mereka telah berkahwin dengan wanita bumiputera yang kemudiannya memeluk Islam. Teori ini disokong oleh rakaman bertulis Morco Polo yang menceritakan saudagar Islam berhenti berniaga di Perlak dan menyebarkan Islam kepada penduduk tempatan.

Faktor-faktor penyebaran Islam di Nusantara ialah kerana keistimewaan agama Islam. Penduduk di Nusantara memeluk islam kerana faktor kesederhanaan, kesucian dan kebenaran ajaran Islam. Bersama dengan Islam, orang-orang Melayu memperolehi keamanan, ilmu pengetahuan, boleh menulis dan membaca, keadilan social dan kemajuan. Ada juga orang Melayu memeluk islam kerana ingin membebaskan diri daripada belenggu kasta agama Hindu.
Selain itu, para mubaligh Arab Islam yang datang berdagang tidak hanya menjalankan perniagaan semata-mata, tetapi mereka juga memperkenalkan dan menyebarkan Islam di setiap pelabuhan yang mereka singgah. Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar Islam telah menarik hati penduduk tempatan untuk memeluk Islam. Mereka mengahwinkan puteri-puteri bangsawan mereka untuk mengekalkan saudagar tersebut ditempat itu dan untuk mendapat faedah ekonomi.

Di samping itu, pedagang-pedagang Arab Islam telah berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. Melalui perkahwinan ini keluarga gadis tersebut dapat mengetahui dan mempelajari agama yang baru. Perkahwinan juga berlaku antara dengan puteri-puteri raja negeri jiran yang telah memeluk Islam menyebabkan pembesar dan rakyat negeri tersebut mengikut langkah rajanya memeluk Islam.

Banyak kitab-kitab agama yang ditulis oleh ulama pada masa itu dapat mengembangkan ilmu-ilmu asas agama masyarakat Nusantara. Menurut sejarah kedah, apabila Sultan Acheh diberitahu bahawa Sultan Kedah memeluk Islam, baginda terus menghantar kitab Siratul-Mustaqim karangan Nuruddin al-Raniri kepada Sultan Kedah.

Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan akidah tauhid kepada masyarakat iaitu kepercayaan kepada Keesaan Tuhan. Islam membawa ajaran yang rasional dan intelektual. Semua golongan manusia boleh menganut Islam kerana ia diciptakan mengikut realiti kehidupan manusia.
Selain itu, mengamalkan undang-undang syariah dalam pemerintahan negara. Di zaman keagungan pemerintahan kesultanan di alam Melayu, banyak prinsip-prinsip perundangan Islam dijalankan. Ada beberapa buah negeri di Sumatera telah menjalankan hukuman mencuri, zina dan dalam soal nikah kahwin, faraid, jual beli dan sebagainya. Di zaman kerajaan Melaka dan Acheh, Islam telah menjadi agama rasmi. Semua kegiatan agama di zaman ini diberi kedudukan yang sewajarnya.
Dari segi pendidikan pula, menyebar luaskan ilmu pengetahuan kepada seluruh masyarakat Melayu. Sistem pendidikan yang terkenal ialah sekolah al Quran. Kesan daripada sekolah ini lahir pusat pengajian seperti pondok, madrasah dan lain-lain. Pusat-pusat ini telah menyebarkan segala ilmu mengenai Islam kepada masyarakat Melayu. Tulisan jawi adalah tulisan yang dipinjam daripada Bahasa Arab oleh orang Melayu untuk mengantikan tulisan Hindu. Di zaman kesultanan Melayu, tulisan jawi telah mencapai kegemilangannya. Semua buku-buku dikarang menggunakan tulisan jawi seperti Hukum Kanun Melaka dan Bustanus Salatin.

Di zaman kerajaan Melaka dan Acheh, sistem pentadbiran secara kesultanan diamalkan. Sistem mufti diwujudkan untuk menjadi penasihat sultan dalam hal ehwal Islam dan melahirkan pemerintah yang bertanggungjawab dan adil. Selain itu juga, memperkenalka sistem perdagangan yang adil seperti memperkenalkan sistem timbang, ukur dan matawang bagi memudahkan lagi kegiatan perdagangan. Mereka juga menerapkan akhlak terpuji sehingga penduduk-penduduk di alam Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, berhemah dan berakhlak tinggi. Akhirnya mereka dapat menjadikan sistem kekeluargaan dan kemasyarakatan menurut cara hidup Islam.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *