NAMA:NIK NOR
FATIHAH BINTI NIK HUSSIN
MO.MATRIK:
14021118
NO.SIRI :
041
Daripada
Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Seorang
Muslim itu ialah orang yang kaum Muslimin lain selamat dari gangguan lisan dan
tangannya (yakni selamat dari kekejaman perkataan serta perbuatannya). Seorang
muhajir (yang meninggalkan) ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang
oleh Allah."
Kita tanya
pada diri…
Adakah Allah
dan Rasulullah redha dengan kata-kataku?
Adakah
manusia berasa selamat apabila berbicara denganku?
Adakah
kata-kataku, adalah kalimah yang tidak menyakiti saudaraku?
Adakah Allah
dan Rasulullah redha dengan perbuatanku?
Adakah
manusia berasa aman berada di sampingku?
Adakah
perbuatanku, adalah perbuatan yang tidak mengganggu ketenteraman hidup
saudaraku?
Dalam kehidupan kita, kita sering inginkan sesuatu
yang baik, yang bernilai dan berkualiti. Maka keinginan itu juga perlu ada pada
kualiti Iman dan Islam dalam diri. Kita inginkan iman yang cantik dan indah.
Maka kita perlu ambil berat dan jaga pada diri kita sifat-sifat seorang Muslim
sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w.
Muhajir
Rasulullah s.a.w.
memberitahu kepada umatnya (iaitu kita) bahawa definisi seorang muhajir (pasca
peristiwa hijrah) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah
s.w.t. Inilah konsep hijrah yang perlu kita fahami dan terapkan dalam ruh, akal
dan jasad kita
Hijrah daripada keburukan menuju kebaikan. Hijrah
daripada kebaikan menuju kebaikan yang lebih banyak dan tinggi. Hijrah
meninggalkan dosa menuju pahala. Hijrah meninggalkan maksiat menuju ketaatan.
Ada yang bertanya, mengapa perlu bersusah-payah melakukan
perubahan?
Ada yang berkata, sukar untuk melakukan perubahan,
sukar untuk melakukan hijrah menuju kebaikan. Benar, lebih mudah untuk
berkata-kata berbanding beramal. Easier said than done. Apatah
lagi, setelah ulang-kali mencuba, masih gagal untuk melakukan perubahan, masih
gagal mencapai hasil yang diinginkan.
Maka di sini
kita perlu ambil motivasi dan semangat daripada ayat Allah s.w.t:
5. Oleh itu,
maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan (kesenangan dan ganjaran).
6.
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (kesenangan dan ganjaran).
7. Maka
apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka
bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).
8. Dan kepada
Tuhanmu hendaklah engkau mengharap.
(As-Syarh:
5-8)
Dalam ayat 5
dan 6, perkataan kesukaran itu disertakan dengan alif lam makrifah, bermakna
kesukaran itu adalah kesukaran yang satu. Namun ganjaran daripada kesukaran
itu, iaitu kesenangan, adalah lebih besar daripada kesukaran itu sendiri. Maka
usah kita ragukan tentang apa yang akan kita peroleh daripada bermujahadah.
Ganjarannya adalah lumayan. Itu janji Allah s.w.t. dan kekasihNya Rasulullah
s.a.w.
Dalam suatu
riwayat dikemukakan bahwa ketika turun ayat ini (As-Syarh:2-6),Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Bergembiralah
kalian kerana akan datang kemudahan bagi kalian. Kesusahan tidak akan
mengalahkan dua kemudahan."
(Diriwayatkan
oleh Ibnu jarir yang bersumber dari al-Hasan)
Sabda Rasulullah
s.a.w :
Di dalam
syurga itu (ada nikmat-nikmat) yang tidak pernah ada mata yang melihatnya,
tidak ada telinga yang pernah mendengarnya dan tidak pernah terlintas dalam
hati seseorangpun.
(Riwayat
Bukhari)
Merancang
Proses peningkatan diri memerlukan kepada perancangan.
Gagal merancang, bermakna merancang untuk gagal. Gagal merangka strategi,
adalah strategi menuju kegagalan. Sekiranya natijah yang diingini tidak
kesampaian, lakukan penambahbaikan pada usaha. Cara berusaha, strategi
berusaha, perlu diteliti.
Plan -
Rancang
Implement - Laksana
Evaluate - Muhasabah
Lakukan
setiap langkah dengan niat yang betul, seiring usaha berpaksikan keyakinan
bahawa segala kekuatan itu hanya daripada Allah s.w.t.
Kepada Allah
kita berdoa:
"Wahai
Tuhanku! Masukkanlah aku (ke dalam urusan agamaku) dengan kemasukan yang benar
lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar
lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu kekuasaan yang menolong."
(Al-Israa’:80)
Kita memohon
kepada Allah s.w.t. supaya kita memasuki suatu ibadah dan selesai daripadanya
dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan serta bersih daripada riya’ dan
daripada segala sesuatu yang merosakkan pahala.
Tetapkan Hati Kami Dalam Ketaatan
Dari Syahr
bin Hausyab, katanya: "Saya berkata kepada Ummu Salamah radhiallahu 'anha:
"Hai Ummul Mu'minin, apakah doa Rasulullah s.a.w. yang paling banyak,
ketika baginda itu ada disisimu?"
Dia
menjawab: "Paling banyak doa baginda s.a.w. itu ialah:
"Wahai
Yang membolak-balikkan keadaan hati. Tetapkanlah hatiku atas agamaMu."
(Diriwayatkan
Imam Tirmidzi, Hadis Hasan)
Daripada
Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah
s.a.w. mengucapkan - dalam doanya:
"Ya
Allah, Yang Maha mengubah hati, ubahlah hati kami agar terus berada dalam
ketaatan kepadaMu." (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment