Saturday, March 11, 2017

ISTERI DISAYANG, JANGAN IBU BAPA DIBUANG !!!!

NAMA : NUR SYAFIQAH BINTI ISMAIL
NO. SIRI : 026
NO. MATRIK : 14021271

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW, lalu menyampaikan maksud kedatangan  “aku berbai’at kepada engkau untuk hijrah dan jihad, kerana aku ingin mencari pahala daripada Allah.”
Baginda bertanya; “adakah salah seorang diantara kedua orang tuamu yang masih hidup?”
Dia menjawab ; “ ya, bahkan kedua-duanya masih hidup!”
Rasulullah bersabda” Benarkah kamu ingin mencari pahala disisi Allah?”
Di menjawab” ya!”
Baginda bersabda “ kalau begitu, pulanglah kepada kedua orang tuamu dan hendaklah kamu berbuat baik pada keduanya.

Dalam riwayat diatas amat jelaslah kepada kita sebagai umat islam supaya kita semua berbakti kepada kedua ibu bapa, jangan sesekali kita mengabaikan mereka hatta dalam keadaan genting sekalipun. Tegasnya, jangan sampai kecintaan kita pada sesuatu, membuatkan kita lalai dalam berbakti kepada kedua ibu bapa. Termasuk dalam hal ini, jangalah kecintaan kepada isteri dan anak misalnya, menyebabkan kita lalai untuk berbakti kepada kedua ibu bapa.

Mencintai isteri bukan suatu yang terlarang. Hanya sahaja rasa cinta pada isteri tidak harus memupuskan perhatian dan rasa cinta kita pada orang yang telah melahirkan, menjaga dan memelihara kita sehingga kita dewasa. Dalam keadaan apa sekalipun, kepentingan ibu mesti diletakkan di tempat yang pertama, termasuk ketika kita berdepan dua pilihan yang sukar , antara mendahulukan kepentingan isteri dan kepentingan ibu. Kalaulah Rasulullah yang mulia memerintahkan kita menjaga orang tua berbanding perang di jalan Allah, apatah lagi jika dibandingkan dengan memenuhi keinginan isteri.

Orang tua, khususnya ibu (secara amnya kaum wanita), sangat dimuliakan oleh islam. Bukan hanya ia diabadikan sebagai salah satu nama surah di dalam al-Quran (An-Nisaa’) tetapi pada kebanyakan hadisnya Rasulullah Saw selalu memerintahkan kita untuk memuliakan mereka. Satu hadis menyebut, “syurga itu bereda di bawah telapak kaki ibu”
Dalam riwayat masyhur lainya disebutkan pertanyaan seorang sahabat kepada nabi SAW tentang orang yang paling layak dilayang secara baik. Maka baginda menjawab tiga kali berturut-turut, pertama”ibu”, kedua “ibu”, ketiga “ ibu”, dan baru keempat “ayah”. Ini menunjukkan prioriti mendahulukan isteri berada pada tangga ke-5, setelah mendahulukan kepentingan ibu (3x) dan ayah (1x).
Betapa penting dan utamanya kedudukan ibu sebagai kunci untuk mencapai keredaan Allah SWT, harus disedari oleh pasangan suami isteri. Seorang suami yang baik perlu mengajar dan mendidik isterinya untuk memahami perihal tersebut, agar tidak menimbulkan salah sangka antara satu sama lain. Mudah-mudahan seiring  dengan itu usaha untuk melahirkan keluarga harmonis dapat dilaksanakan.
Sungguh tiada gunanya rumah mewah, isteri cantikdan harta melimpah , apabila hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita tidak harmon. Lebih-lebih lagi ibu bapa kita tidak redha dengan kehidupan rumah tangga kita, lantaran kita terlalu mengikuti kemahuan isteri sehingga mengabaikan ibu bapa. Mudah-mudahan perkara tersebut tidak terjadi pada rumah tangga kita. Redha ibu adalah redha Allah SWT. Sebaliknya murka ibu bapa, adalah murkanya Allah SWT.
 Dari Ibnu Umar r.a, dia berkata ; Rasulullah SAW bersabda “ keredhaan Allah SWT berada dalam keredhaan kedua orang tuanaya. Kemurkaan Allah SWT ada dalam kemurkaan kedua orang tuanya.

Marilah kita bina rumah tangga kita menjadi rumah tangga yang diredhai dan diberkati Allah SWT dengan cara memperbaiki hubungan dengan kedua ibu bapa kita.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *