Nur syafiqah
binti Ismail
No . siri : 026
No . matrik :
14021271
masjid
merupakan lambang syiar islam. Selain tempat beribadah, masjid juga berperanan
sebagai pusat penyebaran ilmu, perpaduan ummah dan juga pusat aktiviti
kemasyarakatan. Pembinaan masjid Albukhary di Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur yang
kedudukannya terletak di tengah Bandaraya kuala lumpur berusaha menghidupkan
peranan sebenar sesebuah masjid
Reka bentuk dua menara yang dibina
seakan Masjid Nabawi dan landskap lamannya yang indah dihiasi dengan 30 batang
pokok kurma yang tumbuh subur di sekitar Masjid Albukhary sebagai hiasan utama menjadikan masjid
tersebut umpama jelmaan seni bina Timur tengah.
Masjid Al-
bukhary adalah suatu gubahan penggabungan ikon-ikon seni bina Islam
Tradisional, contohnya, kubahnya adalah berteraskan seni bina Masjid Nabawi
manakala terdapat juga “horse shoe arches” yang banyak digunakan di dalam seni
bina “Moorish” dan cordoba.
bangunan dua
tingkat ini ternyata mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Masjid tersebut
mengekalkan warna putih sebagai lambang kesucian, setiap rekaan dan ukiran di
dalam mahupun di luar bangunan disulami dengan corak yang menarik. Tambah
menyerlah apabila reka bentuknya yang diadaptasi dari seni bina Timur Tengah
diserap dengan seni bina tempatan.
Tangga telah
menjadi laluan utama untuk ke ruang solat. Lantai jubin marmar berwarna gelap
yang melatari bahagian laluan pejalan kaki dan tangga menimbulkan kesan
artistic yang indah hasil paduan warna jubin dan dinding putih. Kekisi besi tangga
di semua sudut masjid diukir dengan motif geometri. Selain cantik, ia juga
memiliki ciri keselamatan bagi memudahkan jemaah yang berusia untuk
memegangnya.Ar.Muzanee
Hanafiah dari Muzanee Hanafiah Architect merupakan arkitek yang telah melakar
seni bina masjid Albukhary. Beliau telah menerapkan elemen-elemen seni tempatan
pada masjid yang indah ini. Contohnya ukiran bunga tempatan pada kubah
menggantikan corak ukiran yang terdapat pada masjid di Isfahan di samping
mengekalkan bentuk corak secara keseluruhannya , Elemen-elemen bunga juga telah
diserapkan pada ukiran-ukiran yang pada kebisaannya lebih bersifat
“geomatrikal”. Manakala terdapat juga bukaan di merata tempat bagi menghasilkan
kesinambungan visual luaran dan dalaman, keadaan ini secara tidak langsung
mewujudkan sebuah bangunan yang “terbuka” bersesuaian dengan iklim tempatan.
|
Kubah dalam dihiasi dengan warna emas
berukir ayat suci al-Quran dari surah At-Taubah ayat 71-72
|
Ruang masjid Albukhary
mampu menampung sehingga 1,600 jemaah pada satu-satu masa dan jumlahnya boleh
mencecah sehingga 3,000 orang apabila ruang pejalan kaki turut digunakan. Di
ruangan solat utama, ukiran bersadur warna emas bagi 99 nama Allah melatari
putih dinding. Penggunaan warna emas tersebut secara tidak langsung
memberi jalinan kombinasi yang menarik
pada ukiran ayat-ayat al-Quran yang juga berwarna emas dibahagian atas dan
bawah ukiran “ Asma al Husna”. Tambah unit apabila jalinan kombinasi tersebut
berterusan pada ukiran di dalam lengkungan kubah yang dihiasi dengan corak-corak
yang diadaptasi daripada Timur Tengah, selain itu turut dihiasi dengan warna
emas berukir ayat-ayat suci al-Quran dari surah At-Taubah ayat 71-72.
Untuk menjaga
kualiti yang sebenar, pengukir khas dari Negara Uzbekistan telah dijemput untuk
mengukir corak pada bahagian muqarnas
dan juga ukiran pada tiang yang berbentuk seperti muqarnas kecil. Antara daya
penarik masjid ini ialah lima pintu utama untuk keluar masuk, pintu masjid
tersebut mengambil elemen moden iaitu pintu seramik berwarna hijau, pintu kaca
tersebut turut berfunsi sebagai penyerap bunyi supaya kebisingan jalan lintas
tidak didengari.
Pembinaan
masjid Albukhary adalah bagi menggantikan surau Babul Jannah yang telah berusia
145 tahun. Tapak surau tersebut juga pernah dijadikan tanah perkuburan Islam
telah diwakafkan oleh sultan Selangor iaitu sultan Abdul Samad pada tahun 1860.
Yayasan Al-bukhary telah menawarkan diri untuk mendirikan bangunan masjis
diatas tapak surau Babul Jannah bagi menggangtikan surau tersebut yang telah
uzur. Pembinaan masjid tersebut bermula pada September 2004 dan siap sepenuhnya
pada September 2006. Dinamakan masjid Al-bukhary adalah sempena nama keluarga
pengasas Yayasan Albukhary



No comments:
Post a Comment