Ditulis oleh: Siti Maisarah Binti Ishak
no.siri: (025)
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum w.b.t. , ingin penulis
kongsikan sedikit pengisian yang mungkin dalam kalangan kita
alpa,lupa,buat2 lupa atau kurang pasti mengenai kesenian dalam islam yang mana
kesenian ini terbahagi kepada tujuh kesenian. Antaranya ,senikhat,seni bina,
seni suara ,seni muzik,seni ukir dan lain-lain. Bidang seni yang penulis ingin bicarakan adalah “
seni muzik” . Benarkah islam mengharamkan “ muzik ”??
Islam tidak mengharamkan
muzik itu secara mutlak, tetapi memberikan garis panduan agar muzik itu tidak
disalahgunakan. Penulisan – penulisan fiqh klasik membahagikan alat muzik
kepada dua, yang bertali dan tidak bertali. Penggunaan alat muzik yang bertali
dihukumkan haram dan yang tidak bertali pula sebagai harus. Namun demikian ,
kajian dan penulisan fiqh terkini tidak melihat kepada sudut jenis alat muzik ,
tetapi ia melihat kepada rentak dan irama yang dihasilkan oleh alat tersebut . Apakah
ia meransang pendengarnya sehingga lalai, lupa diri, dan lupa Allah ??. ataukah
ia membawa si pendengarnya sehingga dapat menaikkan semangat patriotik, rasa
sedar diri dan tingkatkan ketakwaan
kepada Allah,. Jenis yang pertama dikira haram dan kedua dikira harus . Hukum
asalnya, menggunakan alat muzik adalah harus, samada dipetik, dipukul,
digesel,ditiup atau selainnya. Yang mengharamkan atau mengharuskannya ialah
cara penggunaannya yang melahirkan rentak , lagu dan irama.
Kadangkala alat muzik
yang dimainkan dengan iringan penyanyi yang keterlaluan perlu diteliti
terdahulu. Dalam hubungan ini ,selain dari bentuk rentak , lagu dan irama juga
perlu dilihat sama. Sekiranya ia dipersembahkan dengan penampilan yang
menggairahkan , meransang nafsu dan syahwat , hatta lupa diri pada ALLAH , ia
tidak diharuskan. Begitu juga lrikik lagu yang lucah, memuji Sesuatu yang haram
, mengagungkan syaitan dan syahwat dan cinta berahi yang keterlaluan , ungkapan-
ungkapan yang syirik dan kufur, lirik2 yang becanggah dengan semangat
syariat maka hulumnya Haram.
Terdapat dalil yang
membuktikan bahawa sesuatu muzik itu dihukumkan haram berdasarkan ciri yang
telah diperkatakan dan ditafsirkan para ulamak mengenai muzik dan lagu ini
adalah :sepotong ayat al –quran ada menyebut tentang menyesatkan manusia dan
disebut dengan( lahwal hadith). Yakni dalam surah Luqman , yang boleh
disimpulkan oleh ulama sebagai ayat yang mengaharamkan nyanyian dan lagu. Yang bermaksud : (( Dan diantara manusia ( ada)
orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan
dan menjadikan jalan Allah itu olok – olokan. Mereka itu akan memperolaeh azab
yang menghinakan . Surah Luqman : 6 )).
Selain dari sifat
muzik, rentak ,irama, lirik, cara dan perlakuan si pendengar ketika mendengar
muzik juga akan menentukan hukum mendengar muzik. Keterlaluan yang melampau
,ketagih serta gian dalam mendengar muzik akan merubah hukum “harus “ kepada
hukum “ haram “. Ia telah termasuk perbuatan sia –sia dan boleh mendatangkan
kesan –kesan yang negatif. Pendengar
akan terggoda , terbawa-bawa dan terfitnah dengan kemerduan suara penyanyi dan
seni kata serta lirik dan tergoda kepada batang tubuh penyanyi.
Keadaan hukum harus
mendengar muzik, nyanyian dan menonton ersembahan penyanyi dapat disimpulkan
seperti berikut: hendaklah mendengar muzik , nyanyian dan menonton persembahan
itu liriknya dan lagunya meransang semangat berani, gagah perkasa, patriotic
seperti rentak ‘ march’. Disini dapat kita lihat pada peristiwa penghijrahan
Nabi S.A.W. dari kota mekah ke madinah , baginda Nabi Muhammad S.A.W. disambut dengan paluan kompang dan rebana dan
ia adalah sebahagian dari alata muzik. Antara majlis yang dibenarkan bermain
muzik ialah muzik dalam nyanyian
keluarga , majlis perkahwinan, perangsang dalam peperangan, dan muzik yang
mengikut pancaindera untuk mengingati Allah seperti dalam zikir ahli sufi.
Selain itu, dapat meniupkan rasa keinsafan , mengenan kebesaran Allah dan
menuju ketakwaan kepada Allah. Mendengar
muzik nyanyian ini dan menonton perembahan yang rentak irama lagu dan liriknya
dapat menenangkan jiwa, menghilangkan tekanan perasaan, mengenyahkan kebosanan serta mengemblikan
kesegaran spiritual, jasadiah dan emosi.
Adakah mendengar muzik itu
boleh dikatakan satu ibadah ??
Untuk menjadikan semua perbuatan boleh dikira sebagai ibadah ia
mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
1.
Perbuatan itu
diterima syarak
2.
Perbuatan itu
dilakukan menurut tuntutan dan peraturan syarak
3.
Perbuatan itu
dilakukan ikhlas keranaNya
4.
Perbuatan itu
dilakukan oleh muslim
Dalam konteks mendengar muzik
nyanyian dan menonton persembahan dengan
rentak , irama, lagu dan liriknya , selagi memenuhi empat syarat diatas ia
boleh dikira sebagai ibadah dan mendapat
pahala. Sekiranya tidak memenuhi syarat ini maka tidak lagi dianggap sebagai
ibadah malah termasuk sebagai perbuatan yang sia-sia dan dilarang dsisi syarak.
Sekian sahaja dari penulis dan moga bermanfaat kepada semua ,terima
kasih..
No comments:
Post a Comment